Sejarah Klasik Vietnam

Rekod sejarah Vietnam boleh dikesan kembali dari pertengahan sehingga ke penghujung abad ketiga sebelum masihi iaitu ketika 甌雒 Âu Lạc dan 南越 Nam Việt ditubuhkan. Nam Việt telah menakluki Âu Lạc pada tahun 179 SM.

Vietnam pada zaman prasejarah merupakan tapak benua yang menempatkan tamadun manusia terawal di dunia. Menjadikannya sebagai salah satu kawasan pertanian awal di dunia. Lembangan Sungai Merah membentuk unit geografi yang semulajadi dan menjadi sumber ekonomi penduduk sekitarnya. Sungai Merah disempadani di sebelah utara dan baratnya oleh hutan serta pergunungan. Ke sebelah timurnya adalah laut dan ke sebelah selatannya pula adalah delta Sungai Merah.

Menurut kepada lagenda awal, negeri Vietnam telah ditubuhkan pada 2879 SM. Namun menurut pengajian arkeologi pula, kemunculan kerajaan-kerajaan kecil berlaku pada penghujung zaman kebudayaan gangsa Đông Sơn. Kedudukan Vietnam yang pelik itu menjadikannya sebagai kawasan yang sukar untuk diserang. Keadaan ini menyebabkan Vietnam yang diperintah oleh 雄王 raja-raja Hùng menikmati kemerdekaan yang berpanjangan.

Sebaik sahaja Vietnam dijajahi oleh bangsa asing, maka sukarlah untuknya membebaskan diri. Selama 1,100 tahun, Vietnam diperintah bergilir-gilir oleh dinasti China seperti berikut:
  • Dinasti Han
  • Dinasti Wu Timur
  • Dinasti Jin
  • Dinasti Liu Song
  • Dinasti Qi Selatan
  • Dinasti Liang
  • Dinasti Sui
  • Dinasti Tang
  • Dinasti Han Selatan
Keadaan ini menyebabkan kebudayaan tempatan di Vietnam mengalami perubahan dan penyerapan dari kebudayaan yang memerintahnya, iaitu kebudayaan dari benua China. Pada saat-saat tertentu dalam tempoh 1,100 tahun itu, Vietnam diperintah secara bebas di bawah 家趙 dinasti Triệu, 徵姐妹Trưng bersaudara, 天李家 dinasti Tiền Lý,  家曲 dinasti Khúc dan 楊廷藝 Dương Đình Nghệ. Mereka berjaya memerintah secara singkat dalam tempoh ini.

Semasa penguasaan China di Utara Vietnam itu, beberapa kebudayaan tempatan muncul di rantau tengah dan selatan Vietnam, iaitu kerajaan Funan dan kerajaan Champa. Pengasas dan pemerintah kerajaan-kerajaan ini berketurunan Hindu. Dari abad ke-10 M, orang Vietnam mula keluar dari hulu di Delta Sungai Merah dan mula menakluki kerajaan-kerajaan Hindu tersebut.

Apabila 吳權 Ngô Quyền (939-994) mengembalikan semula kedaulatan Vietnam, muncul dinasti-dinasti tempatan di Vietnam seperti berikut:
  • Ngô
  • Đinh
  • Trần
  • Hồ
  • Trần
  • Lês
  • Mạcs
  • Trịnh
  • Nguyễn
  • Tây Sơn
  • Nguyễn
Dalam sela masa dinasti-dinasti ini berkuasa, Vietnam turut dipecahkan oleh perang saudara dan menyaksikan campurtangan kuasa asing seperti dinasti Song, dinasti Yuan, kerajaan Champa, dinasti Ming, kerajaan Siam, dinasti Qing dan Perancis. Dinasti Ming dari benua China pernah menakluki lembangan Sungai Merah untuk seketika sebelum orang Vietnam kembali menguasainya. Kemudian empayar Perancis mengikat Vietnam menjadi tanah jajahannya untuk hampir satu abad. Pergolakan politik dan merebaknya fahaman Komunis menyebabkan sistem monarki berakhir di Vietnam selepas Perang Dunia II. Vietnam berubah menjadi sebuah republik.