Bahasa Vietnam

Tulisan Bahasa Vietnam

Chữ Nôm 字喃 yang bermaksud huruf selatan, pada awalnya disebut sebagai quốc âm atau chữ nam. Ia adalah huruf yang digunakan untuk menulis bahasa Vietnam. Huruf ini terbit dari satu set-set huruf bahasa Cina yang standard bagi mewakili kosa kata Sino-Vietnam dan juga untuk mewakili perkataan-perkataan asli bahasa Vietnam. Huruf-huruf baru kemudian diterbitkan mengikut model bahasa Cina untuk perkataan-perkataan lain.

Walaupun penulisan rasmi di Vietnam telah dibuat dalam bahasa Cina Klasik sehingga awal abad ke-20, huruf bahasa selatan ini digunakan secara meluas antara abad ke-15 sehingga abad ke-19 oleh pengamal kebudayaan Vietnam dalam kalangan elit. Mereka ini termasuklah golongan wanita yang menulis karya-karya sastera klasik bahasa Vietnam. Salah satu karya terkenal sastera Vietnam yang dikenali sebagai Riwayat Kiều dikarang dalam tulisan ini.

Pada tahun 1920an, huruf Rumi digunakan untuk menulis bahasa Vietnam. Huruf rumi yang mempunyai tekanan nada pada huruf vokal itu kemudian menggantikan tulisan Vietnam yang berbentuk seperti tulisan Cina itu. Walaupun huruf ini masih diajarkan di peringkat universiti bagi menulis bahasa Vietnam, namun ia tidak digunakan secara meluas lagi melainkan untuk tujuan hiasan, sejarah dan upacara saja. Tugas memelihara dan mempelajari teks-teks bahasa Vietnam yang bertulisan selatan ini dijalankan oleh Institut Han-Nom di Hanoi.      

Huruf Asas Bahasa Vietnam
Rujukan